Tuesday, December 2, 2008

pengenalan ppik meraga beris

PPIK ini adalah di bawah projek pemberian perkhidmatan sejagat ( USP-Universal Services Provision) Fasa 5. Sebagaimana yang telah sedia maklum di bawah projek USP 5, 250 lokasi dari keseluruhan projek USP telah di pilih untuk dijadikan PPIK. Selaras dengan itu, seramai 259 kakitangan telah di lantik untuk menjawat jawatan penyelia PPIK termasuk 9 projek perintis yang telah di mulakan sejak tahun 2006 lagi.
Tujuan utama PPIK ini adalah untuk merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar yang kini jauh lebih hebat.Oleh itu,PPIK ini bertujuan untuk memberikan kemudahan dari perkhidmatan kepada penduduk luar bandar iaitu komuniti kampung untuk celik IT dan terus bersaing untuk sama taraf dengan penduduk bandar.Perkhidmatan ini di sediakan untuk semua komuniti tidakmkira kanak-kanak,belia,dewasa,wanita malah orang berusia sekali pun.